Friday, October 3, 2025

 


Saringan Talasemia Tingkatan 4

- Dikendalikan oleh Klinik Kesihatan Pagoh 
- Tempat di Foyer Blok Pentadbiran
- Tarikh pada 8 & 9 September 2025 (Isnin & Selasa)


 

Program Solat Sunat Gerhana Bulan & Qiyamulail

📍Tarikh: 8 September 2025
📍Masa: 1.45 am hingga 3.00 am
📍Tempat: Surau Lukmanul Hakim
📍Penglibatan: Semua pelajar & Guru-guru

OBJEKTIF program Solat Sunat Gerhana Bulan dan Qiamullail:
 1. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui ibadah sunat secara berjemaah.
 2. Menghayati kebesaran dan kekuasaan Allah dengan menyedari fenomena gerhana sebagai tanda kekuasaan-Nya.
 3. Membudayakan amalan qiamullail dalam kalangan warga sekolah sebagai rutin mendekatkan diri kepada Allah.

IMPAK program Solat Sunat Gerhana Bulan dan Qiamullail:
 1. Kesedaran rohani meningkat – peserta lebih insaf akan kekuasaan Allah SWT.
 2. Penghayatan ibadah bertambah – lahirnya kecintaan terhadap solat sunat dan qiamullail.
 3. Pembentukan akhlak mulia – lahir jiwa yang lebih tenang, sabar dan tawaduk.


Wednesday, October 1, 2025

PERTANDINGAN TRIO BERSELAWAT

 


Pertandingan Trio Selawat

✍🏻Tarikh: 9 September 2025 (Selasa)
✍🏻Masa: 9.00 pm hingga 10.40 pm
✍🏻Tempat: Surau Lukmanul Hakim
✍🏻Penglibatan: 3 wakil daripada setiap kelas Tingkatan 1 hingga 4

📍Juri yang terlibat dalam menjayakan pertandingan:
1. Ust. Atiqullah
2. Ust. Farhan
3. Cg. Amirul
4. Cg. Fazrul

Objektif Pertandingan Selawat:

1) Memupuk kecintaan kepada Rasulullah SAW 

2) Menghayati seni warisan Islam yang perlu dipelihara dan dihargai.

3) Meningkatkan penghayatan nilai-nilai murni


🌱 Impak Pertandingan Selawat kepada Murid:

1. Rohani & Akhlak
Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW . Murid lebih mengenali dan menghargai keperibadian Nabi melalui alunan selawat dan kisah-kisah baginda.

2. Sahsiah & Kepimpinan
Membina keyakinan diri dan keberanian. Murid yang menyertai pertandingan akan belajar berhadapan dengan khalayak, mengurus tekanan dan mempersembahkan diri secara positif.

3. Seni & Kreativiti
Menghargai seni warisan Islam seperti berzanji dan marhaban. Murid didedahkan kepada seni suara tradisional yang kaya dengan nilai dan sejarah.


Sambutan Maulidurrasul peringkat SMKA Pagoh

 

Sambutan Maulidurrasul peringkat SMK Agama Pagoh 1447H/ 2025M

✍🏻Tarikh: 12 September 2025 (Jumaat)
✍🏻Tempat: Surau Lukmanul Hakim
✍🏻Perjalanan Program:
📍Perarakan pelajar, guru dan AKP
📍Pembukaan majlis: 
      i. Ketibaan para pentadbir, guru-guru dan VIP
     ii. Bacaan doa oleh Al-Fadhil Ust. Fahrol Rozi
📍Kata Alu-aluan oleh Pengetua, Tn. Hj. Mohd Sahrin
📍Persembahan Pelajar: Qiraat Sabie Bittarannum
📍Ceramah Maulidurrasul: “Menyemarakkan Cinta Rasulullah ke Arah Pembangunan Ummah Madani” oleh penceramah jemputan, Al-Fadhil Ust. Muhammad Hamdi
📍Persembahan Pelajar: Nasyid Swara
📍Penyampaian hadiah bagi pertandingan yang telah dijalankan bersempena Maulidurrasul


.: Bulan Cinta Rasul :.
.: SMKAP_Impress :.

Objektif
 1. Menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam kalangan warga sekolah.
 2. Memberi kefahaman tentang akhlak, perjuangan dan kepimpinan Rasulullah SAW.
 3. Menggalakkan penghayatan sunnah Nabi dalam kehidupan seharian pelajar.

Impak
 1. Pelajar lebih mengenali sirah dan keperibadian Rasulullah SAW.
 2. Melahirkan generasi yang berakhlak mulia, berdisiplin dan berilmu.
 3. Mengukuhkan amalan Islam dalam suasana sekolah.


  Saringan Talasemia Tingkatan 4 - Dikendalikan oleh Klinik Kesihatan Pagoh  - Tempat di Foyer Blok Pentadbiran - Tarikh pada 8 & 9 Sept...